Mesyuarat Perlantikan AJK Kluster MDTMMD sesi 2021
17 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniTanggal 16 Januari 2021, Kluster Menarik Di Tanjung Manis, Matu dan Daro (MDTMMD) yang melibatkan 7 buah Pusat Internet Komuniti iaitu PIK Tg Manis, PIK Jerijeh, PIK Semop, PIK Daro, PIK Kuala Matu, PIK Tian serta PIK Igan telah dengan jayanya mengadakan Mesyuarat Perlantikan AJK Kluster MDTMMD sesi 2021 pada tarikh tersebut. Program yang berlangsung selama hampir 2 jam bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi melalui applikasi Zoom ini merupakan mesyuarat untuk perlantikan jawatan kuasa baharu bagi tahun 2021 yang sebelumnya dipengerusikan oleh Encik Mohd. Nejatullah yang juga merupakan pengurus PIK Semop untuk tahun 2020.
Setelah selesai pemilihan AJK Baharu yang telah dipersetujui dengan sebulat suara, disenaraikan di bawah merupakan “AJK Kluster MDTMMD sesi 2021”.
- KETUA KLUSTER : Halizawati binti Bedihi, PIK Kuala Matu
- P. KETUA KLUSTER : Mohammad Nejatullah Bin Husin, PIK Semop
- SETIAUSAHA : Nurul Amirah binti Affendi, PIK Igan
- BENDAHARI : Sahahan Bin Samion, PIK Daro
AJK UTAMA
AJK MULTIMEDIA - Abdul Mubin Fahmi Bin Ismail, PIK Tian
AJK PERKONGSIAN MAKLUMAT - Mohamad Akbar bin Saman, PIK Jerijeh
AJK PROMOSI - Morarzuna binti Morshidi, PIK Tg Manis
Semua Penolong Pengurus automatik akan menolong Pengurus masing-masing dalam melancarkan dan memudahkan lagi pengurusan Team Menarik di Tg Manis, Matu & Daro.
Diharapkan melalui pengurusan baharu, Kluster MDTMMD sesi 2021 akan lebih aktif dan berkembang maju sekalipun sedikit terjejas oleh gelombang pandemik Covid-19 yang melanda Dunia sekarang ini
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: