Kursus ICT PIK Daro Sesi Februari 2021 (Pembentangan)
22 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniSeperti pada kelas dan Kursus ICT PIK Daro sebelum ini, setelah para peserta kursus mempelajari Modul MS Office Power Point, seperti lazimnya, mereka perlu untuk membentangkan hasil pembelajaran mereka melalui modul Pembentangan yang berlangsung sejurus selepas berakhirnya modul MS Office Power Point. Modul ini dijalankan bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari pada 21 Februari 2021 di Bilik Latihan PIK Daro. Modul ini merangkumi aspek-aspek seperti:
- Mengukur tahap pengetahuan dan pemahaman diri para peserta di dalam bidang ICT secara umumnya
- Mengetahui langkah-langkah yang betul dan menarik yang boleh diaplikasikan semasa membuat penyampaian dan pembentangan slide di hadapan khalayak umum
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi.
Seramai seorang peserta telah menyertai kursus ini yang merupakan belia yang sedang mencari pekerjaan.
Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: