Kursus ICT PIK Daro Sesi Februari 2021 (Microsoft Office Power Point)
22 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniHari kedua Kursus ICT PIK Daro Sesi Februari 2021 diteruskan pada 21 Februari 2021 dengan mempelajari modul MS Office Power Point. Modul tersebut dimulakan dari jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi di bilik Latihan PIK Daro yang mana mendedahkan para peserta mempelajari aspek-aspek seperti:
- Mempelajari peralatan asas di dalam Microsoft P.Point 2013
- Mengetahui kegunaan MS P.Point untuk membuat Slide Persembahan (Presentation) untuk sebarang acara. majlis, mesyuarat dan sebagainya
- Mempelajari dan memahirkan diri memasukkan data, animasi dan audio di dalam slide MS P.Point berdasarkan contoh yang telah diberikan
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi.
Seramai seorang peserta telah menyertai kursus ini yang merupakan belia yang sedang mencari pekerjaan.
Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: