Kursus ICT PIK Daro Sesi Februari 2021 (Microsoft Office Word)
21 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniKursus ICT Online PIK Daro Sesi Februari 2021 bersambung untuk modul seterusnya iaitu MS Office Word & KDB. Dijalankan pada sebelah petang, 20 Februari 2021, bermula dari jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang, bertempat di PIK Daro, modul ini menekankan para peserta untuk memahami sebaiknya tentang aspek-aspek seperti:
- Mempelajari peralatan asas di dalam Microsoft Word 2013
- Mengetahui kegunaan MS Word untuk membuat dokumen seperti surat, laporan, resume dan sebagainya
- Mempelajari dan memahirkan diri semasa menaip menggunakan MS Word berdasarkan format-format yang telah ditetapkan
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi.
Seramai seorang peserta telah menyertai kursus ini yang merupakan belia yang sedang mencari pekerjaan.
Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: