Kursus ICT PIK Daro Sesi Februari 2021 (Asas Internet, Email & KDB)
21 Februari 2021 | Aktiviti TerkiniKursus ICT PIK Daro diteruskan untuk tahun 2021 bermula pada tanggal 20 Februari 2021. Kursus yang dinamakan Kursus ICT PIK Daro Sesi Februari 2021 dimulakan dengan modul Asas Internet, Email dan KDB. Bermula dari pukul 9.00 pagi dan berakhir pukul 11.00 pagi, modul ini mendedahkan para peserta dengan aspek-aspek seperti:
- Mempelajari perisian yang digunakan untuk mengakses Internet dan mencipta Email
- Mengetahui ciri-ciri asas Internet, asal usul internet dan kepentingan Internet pada masa sekarang
- Memperoleh Email masing-masing dan mengetahui cara menggunakan Email untuk berhubung
- Mempelajari kaedah mengisi Permohonan Kerja di Web SPA & E-Recruitment
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi.
Seramai seorang peserta telah menyertai kursus ini yang merupakan belia yang sedang mencari pekerjaan.
Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: