dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Daro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    facebook

Kuiz Santai PIK Daro sempena PKP 3.0 Fasa 1 (Kuiz Online Quizizz & Wordwall)

4 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Bermula 3 Jun 2021 dan tamat pada 15 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti Daro sekali lagi telah menganjurkan Kuiz atas talian yang dinamakan Kuiz Santai PIK Daro. Kuiz yang dilangsungkan sempena PKP 3.0 Fasa 1 tersebut menggunakan dua platform kuiz atas talian iaitu Quizizz.com dan Wordwall.net . Melalui kuiz ini para peserta dikehendaki untuk menyelesaikan kuiz yang berkait rapat dengan ICT, Klik Dengan Bijak, Kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong serta kempen kesedaran Covid-19.

Sebanyak 12 buah kuiz yang berlainan kategori disediakan sepanjang tempoh 12 hari yang mana akan berubah setiap hari bermula pukul 1 tengahari. Pemenang dinilai berdasarkan beberapa kategori iaitu pemenang pertama, kedua dan ketiga melalui markah tertinggi dan peserta dengan penyertaan yang paling banyak. Markah tertinggi diperoleh dengan peserta berjaya menyelesaikan kuiz terbanyak dalam masa yang paling singkat.

Diharapkan melalui aktiviti seperti ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dengan menambah ilmu pengetahuan ICT dan memberi kesedaran kepada para netizen terutamanya mengenai keselamatan semasa berada di atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.