Kursus ICT PIM Daro Sesi Ogos 2020 (Ms Office Word & KDB)
17 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniHari kedua Kursus ICT PIM Daro Sesi Ogos 2020, para peserta didedahkan dengan modul MS Office Word & KDB. Bertarikh 16 Ogos 2020 dari pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PIM Daro, modul ini menekankan para peserta untuk memahami sebaiknya tentang aspek-aspek seperti:
- Mempelajari peralatan asas di dalam Microsoft Word 2013.
- Mengetahui kegunaan MS Word untuk membuat dokumen seperti surat, laporan, resume dan sebagainya.
- Mempelajari dan memahirkan diri semasa menaip menggunakan MS Word berdasarkan format-format yang telah ditetapkan.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 3 orang peserta menghadirkan diri ke kursus ini yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat dibandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: