Program Info On Wheels Merdeka 2020
12 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPerlaksanaan Program Info On Wheels Merdeka merupakan inisiatif daripada pihak Jabatan Penerangan Malaysia yang mana merupakan salah satu aktiviti utama Jabatan tersebut khususnya di dalam Sambutan Bulan Kemerdekaan bagi Tahun 2020. Program ini bertujuan untuk menanamkan semangat cintakan Malaysia di kalangan rakyat Malaysia terutamanya para belia. Justeru itu, melalui seruan ini, pihak Jabatan Penerangan Daerah Daro diketuai oleh Pegawai Penerangan Daerah Daro, Encik Khalid bin Aini berkesempatan merelisasikan satu program tersebut bersama Pusat Internet Daro setelah melalui beberapa sesi perbincangan terdahulu.
Dijalankan pada 11 Ogos 2020 (Selasa) bermula jam 10.00 pagi, program yang mensasarkan penyertaan seramai 30 orang peserta bagaimanapun tidak dapat ditunaikan kerana pematuhan kepada SOP yang telah ditetapkan kepada Pusat Internet iaitu menghadkan kemasukan kepada tidak lebih daripda 10 orang ke dalam premis. Oleh yag demikian, eramai 8 orang peserta yang mengambil bahagian pada program tersebut disamping mamastikan pematuhan kepada SOP termasuk penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup separuh muka (face mask).
Penganjuran Kursus ICT PIM Daro diteruskan untuk bulan Ogos setelah mendapat permintaan daripada komuniti setempat. Seperti lazimnya, Modul pertama untuk Kursus ICT PIM Daro sesi Ogos 2020 adalah modul Asas Penyelenggaraan PC dan KDB yang dijalankan pada 15 Ogos 2020. Bermula dari pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari serta bertempat di Bilik Latihan PIM Daro, modul ini memberi penekanan tentang aspek-aspek seperti:
- Mempelajari asas-asas menggunakan komputer.
- Mengetahui kaedah yang betul semasa mengendali komputer.
- Mempelajari langkah-langkah dan tip-tip berguna semasa berhadapan dengan komputer yang bermasalah.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 3 orang peserta menghadirkan diri ke kursus ini yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat dibandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: