dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Daro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    facebook

Kursus ICT PIM Daro Sesi Ogos 2020 (Presentation & KDB)

23 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Setelah para peserta kursus mempelajari Modul MS Office Power Point, seperti lazimnya, mereka perlu untuk membentangkan hasil pembelajaran mereka melalui modul Presentation atau Pembentangan. Merupakan modul terakhir Kursus ICT PIM Daro Sesi Ogos 2020, modul Pembentangan berlangsung pada sebelah petang, 22 Ogos 2020. Modul ini dijalankan bermula dari jam 2.00 petang di Bilik Latihan PIM Daro yang merangkumi aspek-aspek seperti:

  • Mengukur tahap pengetahuan dan pemahaman diri para peserta di dalam bidang ICT secara umumnya.
  • Mengetahui langkah-langkah yang betul dan menarik yang boleh diaplikasikan semasa membuat penyampaian dan pembentangan slide di hadapan khalayak umum.

Pada sesi terakhir ini juga, para peserta berkesempatan membuat perbincangan mengenai latihan-latihan terdahulu seperti latihan pengukuhan Microsoft Excel. Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 3 orang peserta menghadirkan diri ke kursus ini yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat dibandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.