Kursus ICT PIM Daro Sesi Januari 2020 (MS Office Power Point & KDB)
19 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniSabtu, 18 Januari 2020, Kursus ICT PI Daro untuk sesi Januari 2020 diteruskan lagi dengan modul MS Office Power Point & KDB. Kursus dimulakan dari jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari bertempat di Bilik Latihan PIM Daro yang mana mendedahkan para peserta mempelajari aspek-aspek seperti:
- Mempelajari peralatan asas di dalam Microsoft P.Point 2013.
- Mengetahui kegunaan MS P.Point untuk membuat Slide Persembahan (Presentation) untuk sebarang acara. majlis, mesyuarat dan sebagainya.
- Mempelajari dan memahirkan diri memasukkan data, animasi dan audio di dalam slide MS P.Point berdasarkan contoh yang telah diberikan.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 12 orang peserta menghadirkan diri ke kursus ini yang terdiri daripada belia lepasan SPM, STPM serta yang sedang berkhidmat. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: