Program Info On Wheels Merdeka 2020 kerjasama Jabatan Penerangan dan JAIS Daro
12 September 2020 | Aktiviti TerkiniPerlaksanaan Program Info On Wheels Merdeka merupakan inisiatif daripada pihak Jabatan Penerangan Malaysia yang mana merupakan salah satu aktiviti utama Jabatan tersebut khususnya di dalam Sambutan Bulan Kemerdekaan bagi Tahun 2020. Program ini bertujuan untuk menanamkan semangat cintakan Malaysia di kalangan rakyat Malaysia terutamanya para belia. Justeru itu, melalui seruan ini, pihak Jabatan Penerangan Daerah Daro diketuai oleh Pegawai Penerangan Daerah Daro, Encik Khalid bin Aini berkesempatan merelisasikan program tersebut bersama Pihak Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Daerah Daro. Pihak JAIS juga berkesempatan menjemput jabatan-jabatan dan agensi-agensi berhampiran seperti Jabatan Pendaftaran (JPN), Pos Malaysia Berhad (POS), Jabatan Kebajikan (JKM), Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) serta tidak ketingggalan Pusat Internet Daro (PI Daro) sendiri untuk turut serta menjayakan program ini.
Dijalankan pada 11 September 2020 (Jumaat) bermula jam 10.00 pagi, program ini dijalankan di perkarangan Bangunan Pejabat Jabatan Agama Islam dan Jabatan Kebajikan. Seramai 15 orang peserta yang mengambil bahagian pada program tersebut yang merupakan jemputan dan wakil jemputan daripada jabatan-jabatan dan agensi-agensi berhampiran. Kesemuanya jemputan mematuhi SOP termasuk penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup separuh muka (face mask) sepanjang program tersebut berlangsung. Matlamat utama program tersebut adalah menguar-uarkan pelbagai maklumat tentang Hari Kebangsaan seperti mengajak para peserta untuk bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap kesedaran rakyat tentang kepentingan cintakan negara dan pentingnya menyemak maklumat sebelum disebarkan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: