Kursus ICT PIM Daro Sesi Januari 2020 batch 2 (Asas Penyelenggaraan PC & KDB)
20 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniOleh kerana permintaan yang memberangsangkan, Kursus ICT PIM Daro Sesi Januari 2020 terpaksa diteruskan dengan batch yang kedua untuk bulan yang sama. Dilangsungkan pada Ahad 19 Januari 2020, kursus kali ini seperti lazimnya dimulakan dengan modul yang pertama iaitu modul Asas Penyelenggaraan PC dan KDB. Bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari di Bilik Latihan PIM Daro, modul pertama ini memberi penekanan tentang aspek-aspek seperti:
- Mempelajari asas-asas menggunakan komputer.
- Mengetahui kaedah yang betul semasa mengendali komputer.
- Mempelajari langkah-langkah dan tip-tip berguna semasa berhadapan dengan komputer yang bermasalah.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 14 orang peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada belia lepasan SPM, STPM serta yang sedang berkhidmat. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: