Kursus ICT PIM Daro Sesi Februari 2020 (Asas Penyelenggaraan PC & KDB)
16 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniKursus ICT PIM Daro diteruskan lagi untuk Sesi Februari 2020. Berlangsung pada hari Sabtu, 15 Februari 2020, kursus tersebut dimulakan dengan modul yang pertama iaitu modul Asas Penyelenggaraan PC dan KDB. Bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari di Bilik Latihan PIM Daro, modul ini memberi penekanan tentang aspek-aspek seperti:
- Mempelajari asas-asas menggunakan komputer.
- Mengetahui kaedah yang betul semasa mengendali komputer.
- Mempelajari langkah-langkah dan tip-tip berguna semasa berhadapan dengan komputer yang bermasalah.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 13 orang peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada belia lepasan SPM, STPM serta yang sedang berkhidmat. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: