Kursus ICT PIM Daro Sesi Februari 2020 (Asas Internet, Email & KDB)
16 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniKursus ICT PIM Daro Sesi Februari 2020 diteruskan lagi pada sebelah petang 15 Februari 2020 dengan modul Asas Internet, Email dan KDB yang bertempat di Bilik Latihan PIM Daro. Bermula dari pukul 2.00 petang dan berakhir pukul 5.00 petang, modul ini mendedahkan para peserta dengan aspek-aspek seperti:
- Mempelajari perisian yang digunakan untuk mengakses Internet dan mencipta Email.
- Mengetahui ciri-ciri asas Internet, asal usul internet dan kepentingan Internet pada masa sekarang.
- Memperoleh Email masing-masing dan mengetahui cara menggunakan Email untuk berhubung.
- Mempelajari kaedah mengisi Permohonan Kerja di Web SPA & E-Recruitment.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 13 orang peserta menghadirkan diri ke kursus ini yang terdiri daripada belia lepasan SPM, STPM serta yang sedang berkhidmat. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: