Latihan Keusahawanan : Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri 1/2020 PIM Daro
24 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Daro meneruskan penganjuran untuk Kursus Latihan Pengendalian Makanan yang pertama bagi tahun 2020 iaitu untuk siri 1/2020 yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Daro. Seperti juga sebelum ini, PIM Daro menjalinkan kerjasama dengan Syarikat Latihan Pengendalian Makanan Sibu yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kali ini tarikh berlangsungnya kursus tersebut adalah pada 23 Februari 2020 bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 1.00 tengahari. Penyertaan kali ini adalah seramai 34 orang usahawan Matu dan Daro yang bergiat di dalam bidang penyediaan makanan dan minuman.
Kursus dan latihan ini bertujuan:
- Mendapat pengetahuan asas kebersihan dan keselamatan makanan.
- Memiliki sijil dapat memenuhi kehendak perundangan.
- Memenuhi keperluan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT seperti DBKU, MBKS, MPP di Sarawak)
- Mengenalpasti punca berlaku keracunan makanan dan kaedah mengelakkannya dari berlaku.
- Memudahkan permohonan pengiktirafan (contoh: sijil Halal Jakim, Lesen Operasi, Sijil MeSTI, Sijil GMP dan Sijil HACCP)
Semoga dengan adanya kursus dan latihan seperti ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya di daerah Daro dan daerah sekitarnya pada masa akan datang. Di kesempatan pada hari itu juga, pihak PIM Daro turut menyelitkan slot bimbingan keselamatan internet melalui tayangan video KDB dan Advokasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: