Kursus ICT PIM Daro Sesi Februari 2020 (MS Office Excel & KDB)
17 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniModul seterusnya untuk Kursus ICT PIM Daro Sesi Februari 2020 hari kedua ialah modul MS Office Excel & KDB. Modul ini telah dijadualkan pada 16 Februari 2020 bertempat di Bilik Latihan PIM Daro yang dimulakan dari jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Melalui modul ini, para peserta mempelajari aspek-aspek seperti:
- Mengenalpasti peralatan asas di dalam Microsoft Excel 2013.
- Mengetahui kegunaan MS Excel untuk membuat buku kerja seperti maklumat perbelanjaan, laporan kewangan, membina carta pai, mengendali pangkalan data dan sebagainya.
- Mempelajari dan memahirkan diri membuat pengiraan menggunakan formula di dalam MS Excel.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 14 orang peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada belia lepasan SPM, STPM serta yang sedang berkhidmat. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: