Kursus ICT PIM Daro Sesi Ogos 2020 (MS Office Excel & KDB)
23 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniKursus ICT PIM Daro Sesi Ogos 2020 bersambung ke minggu berikutnya iaitu pada 22 ogos 2020, dengan para peserta mempelajari modul MS Office Excel & KDB yang bertempat di Bilik Latihan PIM Daro. Dimulakan dari pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari, melalui modul ini, para peserta didedahkan aspek-aspek seperti:
- Mengenalpasti peralatan asas di dalam Microsoft Excel 2013.
- Mengetahui kegunaan MS Excel untuk membuat buku kerja seperti maklumat perbelanjaan, laporan kewangan, membina carta pai, mengendali pangkalan data dan sebagainya.
- Mempelajari dan memahirkan diri membuat pengiraan menggunakan formula di dalam MS Excel.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 3 orang peserta menghadirkan diri ke kursus ini yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat dibandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: