Kursus ICT Online PIK Daro Sesi Disember 2020 (Microsoft Office Power Point)
7 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada sebelah petang 6 Disember 2020, Kursus ICT Online PIK Daro Sesi Disember 2020 diteruskan lagi. Modul yang dipelajari adalah modul MS Office Power Point yang dimulakan dari jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang yang mana mendedahkan para peserta mempelajari aspek-aspek seperti:
- Mempelajari peralatan asas di dalam Microsoft P.Point 2013.
- Mengetahui kegunaan MS P.Point untuk membuat Slide Persembahan (Presentation) untuk sebarang acara. majlis, mesyuarat dan sebagainya.
- Mempelajari dan memahirkan diri memasukkan data, animasi dan audio di dalam slide MS P.Point berdasarkan contoh yang telah diberikan.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi.
Seramai seorang peserta telah menyertai kursus ini yang merupakan pelajar tingkatan 6 Sekolah Menengah berdekatan.
Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: