Kursus ICT Online PIK Daro Sesi Disember 2020 (Pembentangan)
7 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniSetelah para peserta kursus mempelajari Modul MS Office Power Point, seperti lazimnya, mereka perlu untuk membentangkan hasil pembelajaran mereka melalui modul Pembentangan yang berlangsung sejurus selepas berakhirnya modul MS Office Power Point. Modul ini dijalankan bermula dari jam 4.00 petang sehingga 5.00 petang (6 Disember 2020) yang merangkumi aspek-aspek seperti:
- Mengukur tahap pengetahuan dan pemahaman diri para peserta di dalam bidang ICT secara umumnya.
- Mengetahui langkah-langkah yang betul dan menarik yang boleh diaplikasikan semasa membuat penyampaian dan pembentangan slide di hadapan khalayak umum.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi.
Seramai seorang peserta telah menyertai kursus ini yang merupakan pelajar tingkatan 6 Sekolah Menengah berdekatan.
Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: