dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Daro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    facebook

Program Digital Competency Score (DCS) (E-Learning) 22 Oktober 2020

23 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Rombongan kedua guru dan murid-murid SK Tebaang untuk melaksanakan Program DSC adalah pada 22 Oktober 2020. Program kerjasama SK Tebaang Daro dan Pusat Internet Komuniti (PIK) Daro dimulakan dari pukul 3.00 petang sehingga 3.30 petang bertempat di ruangan utama dan bilik latihan PIK Daro. Untuk kali ini, program tersebut disertai oleh 10 orang murid-murid dengan diiringi oleh 2 orang Guru pengiring.

DCS atau Digital Competency Score adalah satu instrumen penilaian murid berasaskan keberhasilan berbentuk gamifikasi yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid- murid dalam tiga aspek iaitu Teknologi, Etika dan Kognitif. DCS telah bermula pada tahun 2016. Bermula tahun lepas, DCS telah diperluaskan kepada semua sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Penilaian ini buat masa ini dikhususkan hanya kepada 40 orang murid-murid Tahun 6 sahaja. Penilaian ini dijalankan berdasarkan permainan TAPIR HERO – Bring Back The Sun.

Murid yang berjaya menghabiskan permainan ini akan diberikan sijil penyertaan dan direkodkan penglibatan mereka dalam laporan PAJSK.

Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.