Program Digital Competency Score (DCS) (E-Learning) 20 Oktober 2020
21 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 20 Oktober 2020, Pihak SK Tebaang Daro telah bekerjasama dengan Pusat Internet Komuniti (PIK) Daro untuk melaksanakan satu program berunsur E-Learning untuk murid-murid SK Tebaang Daro. Program tersebut bermula dari pukul 3.00 petang sehingga 3.30 petang bertempat di bilik latihan PIK Daro yang disertai oleh 5 orang murid-murid dan diiringi oleh seorang Guru pengiring.
DCS atau Digital Competency Score adalah satu instrumen penilaian murid berasaskan keberhasilan berbentuk gamifikasi yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid- murid dalam tiga aspek iaitu Teknologi, Etika dan Kognitif. DCS telah bermula pada tahun 2016. Bermula tahun lepas, DCS telah diperluaskan kepada semua sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Penilaian ini buat masa ini dikhususkan hanya kepada 40 orang murid-murid Tahun 6 sahaja. Penilaian ini dijalankan berdasarkan permainan TAPIR HERO – Bring Back The Sun.
Murid yang berjaya menghabiskan permainan ini akan diberikan sijil penyertaan dan direkodkan penglibatan mereka dalam laporan PAJSK.
Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: