Slot Usahawan: Sembang Santai bersama Usahawan PIK Daro Encik Mohd Aizat bin Ajiji (Suzie Cakoi)
28 November 2020 | Aktiviti TerkiniSesi kedua untuk Slot Usahawan PIK Daro berlangsung pada 27 November 2020 pukul 11.00 pagi, juga secara live di FB Page PIK Daro melalui aplikasi Streamyard. Kali ini Pusat Internet Komuniti Daro berbesar hati dengan persetujuan bersama seorang usahawan berjaya di Daerah Daro mengadakan sesi Sembang Santai, yang mengusahakan produk makanan sejuk beku (frozen) iaitu Saudara Encik Mohd Aizat bin Ajiji selaku pengurus pemasaran Suzie Cakoi. Suzie Cakoi merupakan produk yang tidak asing lagi di negeri Sarawak yang memiliki ejen dan stokis hampir di setiap daerah di Sarawak. Kejayaan beliau mengangkat jenama ini harus dipelajari dan beliau tidak lokek ilmu untuk berkongsi bersama di dalam sesi sembang santai kali ini.
Sesi yang padat dengan informasi serta tawaran dan peluang terutama kepada usahawan di luar sana yang berani menyahut cabaran untuk terus maju di dalam bidang keusahawanan. Berlangsung selama satu jam membicarakan tentang produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh usahawan tersebut serta tip-tip yang berguna untuk menjadi usahawan yang berjaya seperti beliau.
Pusat Internet Komuniti Daro menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para usahawan mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan perniagaan e-dagang. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar slot usahawan ini dapat melahirkan ramai usahawan yang berjaya di dalam dunia perniagaan yang lahir dari bimbingan Pusat Internet Komuniti seluruh Negara.
Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan kualiti para usahawan untuk melangkah setapak ke hadapan dan mampu bersaing dengan para usahawan lain di dunia maya khususnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: