Slot Usahawan: Sembang Santai bersama Usahawan PIK Daro Puan Hafizah binti Amir (Steamyard Live Streaming)
16 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniDijalankan secara ”Live” di FB Page Pusat Internet Komuniti Daro, pada 15 Oktober 2020 yang lalu, Pusat Internet Komuniti (PIK) Daro telah mengadakan Slot Usahawan iaitu Sembang Santai Bersama Usahawan PIK Daro menggunakan aplikasi Stream Yard Streaming. Oleh yang demikian, Pusat Internet Komuniti Daro telah menjemput saudari Puan Hafizah binti Amir yang merupakan usahawan yang mengusahakan perkhidmatan solekan atau make-up. Sesi ringkas yang berlangsung selama satu jam membicarakan tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh usahawan tersebut dan bagaimana kemudahan yang disediakan mampu menarik minat para penonton sesi tersebut.
Mengenai apliksai Stream Yard Live Streaming Studio, ianya merupakan alternatif pengendalian iklan secara dalam talian. Aplikasi StreamYard ini membolehkan pengguna membuat live untuk banyak platform media sosial milik pengguna. Jadi melalui satu video sahaja, pengguna boleh buat live untuk semua media. Selain itu, pelajar atau penonton boleh menonton apa sahaja yang kita kongsikan malah mereka juga boleh komen seperti biasa di Facebook pengguna. Komunikasi dua hala seperti ini mampu memberi pulangan informasi kepada kedua-dua pihak. Dari sudut penonton, mereka boleh melihat berulang kali selama kandungan di dalam media sosial tersebut belum dipadamkan.
Pusat Internet Komuniti Daro menyediakan kemudahan internet agar dapat membantu para usahawan mendapatkan informasi terkini terutamanya berkaitan perniagaan e-dagang. Justeru itu, pihak kami sangat berharap agar slot usahawan ini dapat melahirkan ramai usahawan yang berjaya di dalam dunia perniagaan yang lahir dari bimbingan Pusat Internet Komuniti seluruh Negara.
Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan kualiti para usahawan untuk melangkah setapak ke hadapan dan mampu bersaing dengan para usahawan lain di dunia maya khususnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: