dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Daro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    facebook

Kursus ICT PIM Daro Sesi Januari 2020 batch 2 (MS Office Excel & KDB)

2 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Modul seterusnya untuk Kursus ICT PIM Daro Sesi Januari 2020 batch 2 ialah modul MS Office Excel & KDB yang telah dijadualkan pada 1 Februari 2020 bertempat di Bilik Latihan PIM Daro. Dimulakan dari jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari , melalui modul ini, para peserta mempelajari aspek-aspek seperti:

• Mengenalpasti peralatan asas di dalam Microsoft Excel 2013.
• Mengetahui kegunaan MS Excel untuk membuat buku kerja seperti maklumat perbelanjaan, laporan kewangan, membina carta pai, mengendali pangkalan data dan sebagainya.
• Mempelajari dan memahirkan diri membuat pengiraan menggunakan formula di dalam MS Excel.

Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi.

Seramai 14 orang peserta telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada belia lepasan SPM, STPM serta yang sedang berkhidmat.

Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.