Kursus ICT PI Daro Sesi Februari 2019 (Presentation & KDB)
17 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniSeperti sebelum ini, modul penutup untuk Kursus ICT PI Daro merupakan modul Presentation atau Pembentangan hasil tugasan MS Power Point yang telah dipelajari sebelum itu. Modul ini dijalankan pada 16 Februari 2019 bermula dari jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang merangkumi aspek-aspek seperti:
- Mengukur tahap pengetahuan dan pemahaman diri para peserta di dalam bidang ICT secara umumnya.
- Mengetahui langkah-langkah yang betul dan menarik yang boleh diaplikasikan semasa membuat penyampaian dan pembentangan slide di hadapan khalayak umum.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 6 orang peserta menghadirkan diri ke kursus ini yang terdiri daripada para belia lepasan SPM, STPM serta belia yang belum bekerja. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: