Latihan Keusahawanan : Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri 4/2019 PI Daro
25 November 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Daro untuk kesekian kalinya, iaitu sebagai penutup kepada tahun 2019, telah sekali lagi menganjurkan Kursus Latihan Pengendalian Makanan iaitu siri 4/2019 yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Daro. Seperti juga sebelum ini, PI Daro menjalinkan kerjasama dengan Syarikat Latihan Pengendalian Makanan Sibu yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah ditetapkan pada 24 November 2019 bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 12.30 tengahari. Penyertaan kali ini adalah seramai 26 orang usahawan Matu dan Daro yang bergiat di dalam bidang penyediaan makanan dan minuman.
Kursus dan latihan ini bertujuan:
- Mendapat pengetahuan asas kebersihan dan keselamatan makanan.
- Memiliki sijil dapat memenuhi kehendak perundangan.
- Memenuhi keperluan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT seperti DBKU, MBKS, MPP di Sarawak)
- Mengenalpasti punca berlaku keracunan makanan dan kaedah mengelakkannya dari berlaku.
- Memudahkan permohonan pengiktirafan (contoh: sijil Halal Jakim, Lesen Operasi, Sijil MeSTI, Sijil GMP dan Sijil HACCP)
Semoga dengan adanya kursus dan latihan seperti ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya di daerah Daro dan daerah sekitarnya pada masa akan datang. Di kesempatan pada hari itu juga, pihak PI Daro turut menyelitkan slot bimbingan keselamatan internet melalui tayangan video KDB dan Advokasi serta sedikit penerangan tentang Analogue Switch Off (ASO) iaitu pertukaran daripada siaran TV Analog kepada Siaran Digital MYFreeView.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: