dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Daro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Latihan Keusahawanan : Kursus Latihan Pengendali Makanan Siri 3/2019 PI Daro

15 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Daro untuk kali ketiga pada tahun 2019, telah menganjurkan Kursus Latihan Pengendalian Makanan iaitu siri 3/2019 yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Daro. Seperti sebelum ini, PI Daro menjalinkan kerjasama dengan Syarikat Latihan Pengendalian Makanan Sibu yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia yang mana telah dilangsungkan pada 14 September 2019 bermula pada pukul 2.30 petang sehingga pukul 5.30 petang. Penyertaan kali ini adalah seramai 28 orang usahawan Matu dan Daro yang bergiat di dalam bidang penyediaan makanan dan minuman.

Kursus dan latihan ini bertujuan:

  • Mendapat pengetahuan asas kebersihan dan keselamatan makanan.
  • Memiliki sijil dapat memenuhi kehendak perundangan.
  • Memenuhi keperluan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT seperti DBKU, MBKS, MPP di Sarawak)
  • Mengenalpasti punca berlaku keracunan makanan dan kaedah mengelakkannya dari berlaku.
  • 5. Memudahkan permohonan pengiktirafan (contoh: sijil Halal Jakim, Lesen Operasi, Sijil MeSTI, Sijil GMP dan Sijil HACCP)

Semoga dengan adanya kursus dan latihan seperti ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya di daerah Daro dan daerah sekitarnya pada masa akan datang. Di kesempatan pada hari itu juga, pihak PI Daro turut menyelitkan slot bimbingan keselamatan internet melalui tayangan video KDB dan Advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.