Kursus ICT PI Daro Sesi November 2019 (Asas Penyelenggaraan PC & KDB)
17 November 2019 | Aktiviti TerkiniKursus ICT PI Daro diteruskan semula untuk sesi November 2019 dengan modul pertama iaitu Asas Penyelenggaraan PC dan KDB. Kursus yang dimulakan pada 16 November 2019 bermula pukul 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Daro kali ini dijalankan dengan kerjasama daripada Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) Pi Daro iaitu seramai tiga orang. Modul ini memberi penekanan tentang aspek-aspek seperti:
- Mempelajari asas-asas menggunakan komputer.
- Mengetahui kaedah yang betul semasa mengendali komputer.
- Mempelajari langkah-langkah dan tip-tip berguna semasa berhadapan dengan komputer yang bermasalah.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 16 orang peserta menghadirkan diri ke kursus ini yang terdiri daripada para pelajar sekolah menengah, belia lepasan SPM, STPM, belia yang belum bekerja dan kakitangan Awam. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: