Kursus ICT PI Daro Sesi April 2019 (Ms Office Word & KDB)
14 April 2019 | Aktiviti TerkiniModul kedua untuk Kursus ICT PI Daro sesi April 2019 adalah MS Office Word & KDB. Dijalankan pada sebelah petang 13 April 2019, bermula jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang, modul ini menekankan para peserta untuk memahami sebaiknya tentang aspek-aspek seperti:
- Mempelajari peralatan asas di dalam Microsoft Word 2013.
- Mengetahui kegunaan MS Word untuk membuat dokumen seperti surat, laporan, resume dan sebagainya.
- Mempelajari dan memahirkan diri semasa menaip menggunakan MS Word berdasarkan format-format yang telah ditetapkan.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 6 orang peserta menghadirkan diri ke kursus ini yang terdiri daripada para belia lepasan SPM, STPM serta belia yang belum bekerja. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: