Kursus ICT PI Daro Sesi Februari 2019 (Ms Office Power Point & KDB)
11 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniKursus ICT PI Daro untuk sesi Februari 2019 diteruskan pada 10 Februari 2019 dengan modul seterusnya iaitu MS Office Power Point & KDB. Kursus bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari yang mana para peserta mempelajari aspek-aspek seperti:
- Mempelajari peralatan asas di dalam Microsoft P.Point 2013.
- Mengetahui kegunaan MS P.Point untuk membuat Slide Persembahan (Presentation) untuk sebarang acara. majlis, mesyuarat dan sebagainya.
- Mempelajari dan memahirkan diri memasukkan data, animasi dan audio di dalam slide MS P.Point berdasarkan contoh yang telah diberikan.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 6 orang peserta menghadirkan diri ke kursus ini yang terdiri daripada para belia lepasan SPM, STPM serta belia yang belum bekerja. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: