dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Daro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kursus ICT PI Daro Sesi Februari 2019 (Asas Internet, Email & KDB)

11 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada sebelah petang 10 Februari 2019, Kursus ICT PI Daro sesi Februari 2019 diteruskan lagi dengan modul Asas Internet, Email dan KDB. Bermula dari pukul 2.00 petang dan berakhir pukul 5.00 petang, modul ini mendedahkan para peserta dengan aspek-aspek seperti:

  • Mempelajari perisian yang digunakan untuk mengakses Internet dan mencipta Email.
  • Mengetahui ciri-ciri asas Internet, asal usul internet dan kepentingan Internet pada masa sekarang.
  • Memperoleh Email masing-masing dan mengetahui cara menggunakan Email untuk berhubung.
  • Mempelajari kaedah mengisi Permohonan Kerja di Web SPA & E-Recruitment.

Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 6 orang peserta menghadirkan diri ke kursus ini yang terdiri daripada para belia lepasan SPM, STPM serta belia yang belum bekerja. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.