dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Daro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kursus ICT PI Daro Sesi November 2019 (Asas Internet, Email & KDB)

2 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Kursus ICT PI Daro untuk sesi November 2019 diteruskan pada hari Sabtu, 1 Disember 2019. Kali ini untuk modul Asas Internet, Email dan KDB adalah dilenggara penuh oleh Sukarelawan MIV bersama Komuniti bersempena Aktiviti Pemantauan & Tinjauan (PT). Dimulakan dari pukul 9.00 pagi dan berakhir pukul 12.00 tengah hari, modul ini mendedahkan para peserta dengan aspek-aspek seperti:

  • Mempelajari perisian yang digunakan untuk mengakses Internet dan mencipta Email.
  • Mengetahui ciri-ciri asas Internet, asal usul internet dan kepentingan Internet pada masa sekarang.
  • Memperoleh Email masing-masing dan mengetahui cara menggunakan Email untuk berhubung.
  • Mempelajari kaedah mengisi Permohonan Kerja di Web SPA & E-Recruitment.

Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 8 orang peserta menghadirkan diri ke kursus ini yang terdiri daripada para pelajar sekolah menengah, belia lepasan SPM, STPM, belia yang belum bekerja dan kakitangan Awam. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.