Kursus Pertanian Moden : Tanaman Fertigasi Cili
27 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniHFE Agro Resources Sdn Bhd dengan kerjasama Saberkas Cawangan Daro telah dengan jayanya menganjurkan Kursus Pertanian Moden iaitu Tanaman Fertigasi Cili pada 26 Oktober 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Daro (Lama) dan Perkarangan Pejabat Daerah Lama Daro. Ahli Panel yang terlibat adalah En. Ahmad Syafiq nin Ahmad Sabirin dari HFE Agro Resources Sdn Bhd, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian UMS FPL, Agropreneur Fertigasi dan Produk Hiliran.
Fertigasi adalah kaedah pemberian baja melalui sistem pengairan titis. Dalam sistem ini, cecair baja disalurkan di dalam pengairan. Ketersediaan nutrien di dalam sistem ini tinggi membolehkan baja diambil oleh tanaman dengan efisien. Dalam kaedah ini, baja cecair dan baja larut air digunakan. Peningkatan efisien baja meningkat 80 hingga 90 peratus dengan penggunaan sistem ini.Kaedah ini banyak digunakan dalam sistem tanaman tanpa menggunakan tanah.
Dalam kata lain, fertigasi merupakan lanjutan daripada konsep hidroponik, dan kini diamalkan secara meluas dalam industri hortikultur, terutamanya penanaman kekal tanaman seperti rock melon, tomato ceri, cili merah, limau, buah zaitun dan badam. Fertigasi adalah yang paling berjaya apabila digabungkan dengan pengairan titisan. Peserta kursus adalah seramai 27 orang yang merupakan ahli Saberkas dan juga para pengusaha pertanian di Daerah Daro dan Matu.
Setinggi-tinggi perhargaan kepada pihak HFE Agro Resources Sdn Bhd dan Saberkas Cawangan Daro kerana dengan usaha ini dapat memberi satu idea baru bagi meningkatkan ekonomi di daerah Daro terutama melalui kaedah pertanian moden. Semoga ilmu yang dikongsi dapat memberi manfaat bersama kepada komuniti di Daerah Daro dan daerah sekitarnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: