Kursus ICT PI Daro Sesi November 2019 (MS Office Excel & KDB)
2 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniKursus ICT PI Daro sesi November 2019 diakhiri dengan modul MS Office Excel dan KDB. Bertempat di Bilik Latihan PI Daro, kelas yang telah dijadualkan pada 1 Disember 2019 tersebut dimulakan dari jam 2.00 petang sehingga pukul 5.00 petang dan melalui modul ini, para peserta mempelajari aspek-aspek seperti:
- Mengenalpasti peralatan asas di dalam Microsoft Excel 2013.
- Mengetahui kegunaan MS Excel untuk membuat buku kerja seperti maklumat perbelanjaan, laporan kewangan, membina carta pai, mengendali pangkalan data dan sebagainya.
- Mempelajari dan memahirkan diri membuat pengiraan menggunakan formula di dalam MS Excel.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 7 orang peserta menghadirkan diri ke kursus ini yang terdiri daripada para pelajar sekolah menengah, belia lepasan SPM, STPM, belia yang belum bekerja dan kakitangan Awam. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: