Kursus ICT PI Daro Sesi April 2019 (Asas Internet, Email & KDB)
14 April 2019 | Aktiviti TerkiniKursus ICT PI Daro untuk sesi April 2019 telah dijalankan seperti biasa pada hari Sabtu, 13 April 2019. Kursus tersebut dimulakan dengan modul Asas Internet, Email dan KDB, bermula dari pukul 9.00 pagi dan berakhir pukul 12.00 tengah hari. Modul ini mendedahkan para peserta dengan aspek-aspek seperti:
- Mempelajari perisian yang digunakan untuk mengakses Internet dan mencipta Email.
- Mengetahui ciri-ciri asas Internet, asal usul internet dan kepentingan Internet pada masa sekarang.
- Memperoleh Email masing-masing dan mengetahui cara menggunakan Email untuk berhubung.
- Mempelajari kaedah mengisi Permohonan Kerja di Web SPA & E-Recruitment.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 6 orang peserta menghadirkan diri ke kursus ini yang terdiri daripada para pelajar sekolah menengah, belia lepasan SPM, STPM serta belia yang belum bekerja. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: