Kursus ICT PI Daro Sesi Disember 2019 (Asas Penyelenggaraan PC & KDB)
8 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniKursus ICT PI Daro diteruskan semula untuk sesi Disember 2019 dengan modul seterusnya iaitu Asas Penyelenggaraan PC dan KDB. Kursus yang dijalankan pada 7 Disember 2019 bermula pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Daro kali ini dijalankan dengan kerjasama daripada Sukarelawan ICT Malaysia (MIV) PI Daro. Modul ini memberi penekanan tentang aspek-aspek seperti:
• Mempelajari asas-asas menggunakan komputer.
• Mengetahui kaedah yang betul semasa mengendali komputer.
• Mempelajari langkah-langkah dan tip-tip berguna semasa berhadapan dengan komputer yang bermasalah.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi.
Seramai 12 orang peserta menghadirkan diri ke kursus ini yang terdiri daripada para pelajar sekolah menengah, belia lepasan SPM, STPM, belia yang belum bekerja dan kakitangan Awam.
Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: