Kursus Ict Pi Daro Sesi Mac 2019 (Ms Office Excel & Kdb)
24 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniHari terakhir Kursus ICT PI Daro untuk sesi Mac 2019 iaitu pada 23 Mac 2019 bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari diteruskan dengan modul seterusnya iaitu modul MS Office Excel dan KDB. Melalui modul ini, para peserta mempelajari aspek-aspek seperti:
• Mengenalpasti peralatan asas di dalam Microsoft Excel 2013.
• Mengetahui kegunaan MS Excel untuk membuat buku kerja seperti maklumat perbelanjaan, laporan kewangan, membina carta pai, mengendali pangkalan data dan sebagainya.
• Mempelajari dan memahirkan diri membuat pengiraan menggunakan formula di dalam MS Excel.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi.
Seramai 9 orang peserta menghadirkan diri ke kursus ini yang terdiri daripada para pelajar sekolah menengah, belia lepasan SPM, STPM serta belia yang belum bekerja.
Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: