Kursus Ict Pi Daro Sesi Mei 2019 (Ms Office Power Point & Kdb)
13 Mei 2019 | Aktiviti TerkiniDijalankan pada 12 Mei 2019, Kursus ICT PI Daro untuk sesi Mei 2019 diteruskan dengan modul MS Office Power Point & KDB. Kursus dimulakan dari jam 1.00 petang sehingga 4.00 petang yang mana para peserta mempelajari aspek-aspek seperti:
• Mempelajari peralatan asas di dalam Microsoft P.Point 2013.
• Mengetahui kegunaan MS P.Point untuk membuat Slide Persembahan (Presentation) untuk sebarang acara. majlis, mesyuarat dan sebagainya.
• Mempelajari dan memahirkan diri memasukkan data, animasi dan audio di dalam slide MS P.Point berdasarkan contoh yang telah diberikan.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi.
Seramai 6 orang peserta menghadirkan diri ke kursus ini yang terdiri daripada para pelajar sekolah menengah, belia lepasan SPM, STPM serta belia yang belum bekerja.
Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: