dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Daro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

KURSUS ICT PI DARO SESI NOVEMBER 2018 (MS OFFICE WORD & word)

26 November 2018 | Aktiviti Terkini

Tarikh: 25 November 2018
Masa: 2.00pm – 5.00pm
Tempat: Bilik Latihan Pusat Internet Daro
VIP : Tiada
Jumlah Kehadiran: 6 orang

Mempelajari dan mengetahui perisisan MS Word adalah satu keperluan dan sememangnya merupakan satu kewajiban kepada generasi masa kini sama ada untuk kegunaan tugasan harian maupun mencari pekerjaan. Justeru itu, melalui Kursus ICT PI Daro untuk sesi November 2018 ini juga, iaitu pada 25 November 2018 bermula jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang, menekankan para peserta memahami sebaiknya tentang modul MS Office Word. Melalui modul ini, para peserta mempelajari aspek-aspek seperti:

  • Mempelajari peralatan asas di dalam Microsoft Word 2013.
  • Mengetahui kegunaan MS Word untuk membuat dokumen seperti surat, laporan, resume dan sebagainya.
  • Mempelajari dan memahirkan diri semasa menaip menggunakan MS Word berdasarkan format-format yang telah ditetapkan.

Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (word) dan Advokasi. Seramai 6 orang peserta menghadirkan diri ke kursus ini yang terdiri daripada para belia lepasan SPM, STPM serta belia yang belum bekerja.

Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.