dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Daro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

PERTANDINGAN PERARAKAN DAN SEPANDUK SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH DARO TAHUN 1440H / 2018M

21 November 2018 | Aktiviti Terkini

Tarikh: 20 November 2018
Masa: 6.30am – 10.30am
Tempat: Sekitar Daerah Daro
VIP: YB En. Safiee bin Hj Ahmad (ADUN N43 Daro), En. Abang Muhamad bin Abang Turkey (Pegawai Daerah Daro)
Jumlah Kehadiran      : >500 orang

Tanggal 20 Disember 2018 merupakan ulang tahun Hari bersejarah Kelahiran baginda Nabi Muhammad SAW. Bersempena dengan itu, sebagai mengingati hari tersebut, pihak Pejabat Daerah Daro dengan Kerjasama Jabatan Agama Islam Daro telah menganjurkan Pertandingan Perarakan Dan Sepanduk Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Daro bagi Tahun 1440H / 2018M yang disambut seluruh Malaysia dengan bertemakan “Menyantuni Umat Membawa Rahmat”.

Program yang dilangsungkan dari pukul 6.30 pagi sehingga pukul 10.30 pagi tersebut telah dihadiri oleh lebih daripada 500 orang penduduk sekitar Daerah Daro. Pertandingan tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori A (Jabatan Kerajaan) yang dijuarai oleh Jabatan Pendidikan Daerah Daro dan Kategori B (Jabatan Bukan Kerajaan) yang dimenangi oleh JKKK Kg. Tengah Daro.

Program ini bertujuan untuk menunjukkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dan memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad SAW serta merapatkan hubungan silaturrahim antara anggota masyarakat di dalam sesebuah komuniti setempat.

Majlis perasmiannya dan penyampaian hadiah telah diadakan di Perkarangan Tadika Ke Ming, Daro oleh ADUN N37 Daro, En. Syafiee bin Hj. Ahmad. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Tuan Pegawai Daerah Daro, Encik Abang Muhamad bin Abang Turkey, Ketua-ketua Masyarakat dan ketua-ketua Jabatan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

<

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.