dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Daro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

KURSUS ICT PI DARO SESI NOVEMBER 2018 (MS OFFICE EXCEL & KDB)

26 November 2018 | Aktiviti Terkini

Tarikh: 25 November 2018
Masa: 9.00am – 12.00pm
Tempat: Bilik Latihan Pusat Internet Daro
VIP : Tiada
Jumlah Kehadiran: 6 orang

Hari kedua Kursus ICT PI Daro untuk sesi November 2018 iaitu pada 25 November 2018 bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari dengan modul seterusnya iaitu modul MS Office Excel dan KDB. Melalui modul ini, para peserta mempelajari aspek-aspek seperti:

  • Peralatan asas di dalam Microsoft Excel 2013.
  • Mengetahui kegunaan MS Excel untuk membuat buku kerja seperti maklumat perbelanjaan, laporan kewangan, membina carta pie, mengendali pangkalan data dan sebagainya.
  • Mempelajari dan memahirkan diri membuat pengiraan menggunakan formula di dalam MS Excel.

Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 6 orang peserta menghadirkan diri ke kursus ini yang terdiri daripada para belia lepasan SPM, STPM serta belia yang belum bekerja.

Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.