dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Daro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

KURSUS ICT PI DARO SESI NOVEMBER 2018 (ASAS INTERNET, EMAIL & KDB)

25 November 2018 | Aktiviti Terkini

Tarikh: 24 November 2018
Masa: 2.00pm – 5.00pm
Tempat: Bilik Latihan Pusat Internet Daro
VIP : Tiada
Jumlah Kehadiran: 6 orang

Modul kedua Kursus ICT PI Daro untuk sesi November 2018 ialah modul Asas Internet, Email dan KDB. Dijalankan pada 24 November 2018 bermula pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang, melalui modul ini, para peserta didedahkan dengan aspek-aspek seperti:

  • Mempelajari perisian yang digunakan untuk mengakses Internet dan mencipta Email.
  • Mengetahui ciri-ciri asas Internet, asal usul internet dan kepentingan Internet pada masa sekarang.
  • Memperoleh Email masing-masing dan mengetahui cara menggunakan Email untuk berhubung.
  • Mempelajari kaedah mengisi Permohonan Kerja di Web SPA & E-Recruitment.

Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 6 orang peserta menghadirkan diri ke kursus ini yang terdiri daripada para belia lepasan SPM, STPM serta belia yang belum bekerja.

Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.