dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Daro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pesta Daro 2018

09 April 2018 | Aktiviti Terkini

Tanggal 8 April 2018 yang lepas menyaksikan Pesta Daro 2018 melabuhkan tirai secara rasminya setelah 10 hari yang penuh dengan kemeriahan gerai-gerai jualan, pameran serta perbagai aktiviti yang sangat menarik. Antara aktiviti yang telah dianjurkan adalah pertandingan Autoshow anjuran Saberkas cawangan Daro, pertandingan karaoke dan memasak anjuran Jabatan Penerangan Daerah, senamrobik, pertandingan poco-poco, pertandingan bermukun, pertandingan menyumpit, Pump Boat, pertandingan memancing dan pertandingan gusti lengan.

Pesta tersebut bukan sahaja menjanjikan keseronokan malah diselitkan dengan perkongsian ilmu melalui penganjuran Seminar Digital Ekonomi & E-Usahawan anjuran Pejabat Daerah Daro dan Persatuan Ibu Tunggal. Pelbagai pihak terutamanya komuniti Daro dan daerah sekitarnya telah mendapat manfaat daripada penganjuran Pesta ini dan diharap akan diteruskan pada masa akan datang. Segulung tahniah dan syabas kepada pihak penganjur yang telah bertungkus lumus demi menjayakan Pesta Daro 2018 bermula 30 Mac sehingga 8 April 2018.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.