Kursus ICT PI Daro Sesi Disember 2018 (Asas Penyelengaraan PC & KDB)
16 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniModul kedua Kursus ICT PI Daro untuk sesi Disember 2018 ialah modul Asas Penyelenggaraan PC dan KDB. Dijalankan pada 15 Disember 2018 bermula pada pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang, modul ini memberi penekanan tentang aspek-aspek seperti:
- Mempelajari asas-asas menggunakan komputer.
- Mengetahui kaedah yang betul semasa mengendali komputer.
- Mempelajari langkah-langkah dan tip-tip berguna semasa berhadapan dengan komputer yang bermasalah.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 4 orang peserta menghadirkan diri ke kursus ini yang terdiri daripada para belia lepasan SPM, STPM serta belia yang belum bekerja. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: