Kursus Pengurusan Usahawan Atas Talian PI Daro
24 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniKursus ICT yang telah dilangsungkan selama 4 hari iaitu pada 16, 17, 22 dan 23 Disember 2017, merangkumi modul-modul berkaitan ICT seperti Asas Penyelanggaraan PC, Asas Microsoft Office Word, Excel dan Powerpoint, Pengenalan Internet dan Email serta Taklimat KDB dan Advokasi. Para peserta kursus juga didedahkan dan dilatih dengan teknik penyampaian menggunakan slide dari Powerpoint yang disediakan sendiri oleh mereka.
Seramai 11 orang peserta terdiri daripada para belia lepasan SPM, STPM serta belum bekerja telah mengambil bahagian di dalam Kursus ini. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkat tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: