Basic Makeup Class By Green Flowers
03 Disember 2017 | Aktiviti TerkiniProgram yang dijayakan pada 2 Disember 2017 adalah hasil usahasama antara pihak pemilik Syarikat Bridal iaitu Green Flowers dan PI Daro. Kelas telah dilangsungkan dari pukul 10 pagi hingga pukul 5 petang bertempat di bilik latihan PI Daro. Program yang disertai seramai 12 orang peserta ini bertujuan memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan penggunaan teknik solekan dengan betul yang diberi panduan oleh jurusolek berpengalaman dari Green Flowers.
Program ini khas untuk para belia dan suri rumah, terutama yang sedang dan berminat menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Diharapkan agar dengan adanya program seperti ini, sedikit sebanyak dapat membuka hati para peserta untuk memperkembangkan bakat yang ada malah boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan maupun sumber rezeki utama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: