Kursus ICT PI Daro Sesi Disember 2018 (Ms Office Word & KDB)
17 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniMempelajari dan mengetahui perisisan MS Word adalah satu keperluan dan sememangnya merupakan satu kewajiban kepada generasi masa kini sama ada untuk kegunaan tugasan harian maupun mencari pekerjaan. Justeru itu, melalui Kursus ICT PI Daro untuk sesi Disember 2018 ini juga, iaitu pada 16 Disember 2018 bermula jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang, menekankan para peserta memahami sebaiknya tentang modul MS Office Word. Melalui modul ini, para peserta mempelajari aspek-aspek seperti:
- Mempelajari peralatan asas di dalam Microsoft Word 2013.
- Mengetahui kegunaan MS Word untuk membuat dokumen seperti surat, laporan, resume dan sebagainya.
- Mempelajari dan memahirkan diri semasa menaip menggunakan MS Word berdasarkan format-format yang telah ditetapkan.
Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 4 orang peserta menghadirkan diri ke kursus ini yang terdiri daripada para belia lepasan SPM, STPM serta belia yang belum bekerja. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: