dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Daro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kursus ICT PI Daro Sesi Disember 2018 (Asas Internet, Email & KDB)

16 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Tarikh 15 Disember 2018 telah ditetapkan bagi Kursus ICT PI Daro untuk sesi Disember 2018 yang bermula dari pukul 9.00 pagi untuk proses pendaftaran serta penyusunan jadual dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. Modul pertama yang telah dijadualkan adalah modul Asas Internet, Email dan KDB. Melalui modul ini, para peserta didedahkan dengan aspek-aspek seperti:

  • Mempelajari perisian yang digunakan untuk mengakses Internet dan mencipta Email.
  • Mengetahui ciri-ciri asas Internet, asal usul internet dan kepentingan Internet pada masa sekarang.
  • Memperoleh Email masing-masing dan mengetahui cara menggunakan Email untuk berhubung.
  • Mempelajari kaedah mengisi Permohonan Kerja di Web SPA & E-Recruitment.

Selain itu, para peserta kursus juga diberi taklimat tentang langkah-langkah keselamatan melayari internet melalui taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Seramai 4 orang peserta menghadirkan diri ke kursus ini yang terdiri daripada para belia lepasan SPM, STPM serta belia yang belum bekerja. Diharapkan melalui program seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.