Program Keusahawanan PI Daro (Bengkel Membuat Roti)
16 September 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Internet secara kompeten menganjurkan kursus kusahawanan khasnya kepada penduduk setempat yang berminat memasuki dunia perniagaan. Justeru itu, pada 15 September 2018 yang lepas, telah berlangsungnya satu lagi program keusahawanan iaitu Bengkel Membuat Roti. Pihak PI Daro telah berjaya menjemput seorang tenaga pengajar yang berpengalaman membuat Roti iaitu Puan Raba’yah bin Mahnor.
Bengkel ini bertujuan memberi peluang kepada para peserta untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang mampu memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat.
Berikut merupakan antara jenis roti atau bun yang telah dipelajari melalui bengkel tersebut.
- Bun Caterpilla
- Bun Sosej
- Bun Chicken Floss
- Bun Sarang lebah
- Bun Crab Cheese
Dan beserta resepi percuma iaitu Nasi Arab dan sos salatahara.
Antara kelebihan Kelas bersama Bengkel Roti & Kek adalah;
- 100% Amali
- 100% Bahan mentah disediakan
- Peralatan disediakan
- Sijil penyertaan diberikan
- Khidmat Nasihat berterusan
- Resepi berkaitan diberikan
- Jaminan 100% anda boleh mahir
- Bawa balik produk yang telah siap
Seramai 8 orang peserta telah menyertai program ini yang terdiri daripada para belia, Ibubapa dan suri rumah. Bengkel ini juga diselitkan dengan taklimat perniagaan online dan keselamatan internet (KDB) khasnya untuk peserta yang menggunakan platform internet iaitu media sosial untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan peniagaan masing-masing.
Diharapkan melalui program seperti ini dapat memberi ruang dan peluang kepada komuniti setempat terutamanya para belia dan suri rumah untuk menceburkan diri di dalam bidang perniagaan dan keusahawanan justeru mampu untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: