dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Daro, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

SUKAN RAKYAT 2018 Anjuran Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Masjid Baru Daro dengan Kerjasama JKKK Kampung Masjid / Jalan Bina Daro dan Saberkas Unit Kg Masjid / Jalan Bina Daro

01 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

Sukan Rakyat merupakan sukan yang lebih berkonsepkan budaya dan kesenian sesebuah kaum yang secara tradisinya dimainkan sejak turun temurun. Sukan ini sekiranya tidak dimainkan atau dipertandingkan secara kerap, berkemungkinan akan pupus ditelan zaman. Tarikh 30 September 2018 telah dipilih oleh pihak penganjur untuk memperkenalkan sekaligus membudayakan penganjuran Sukan Rakyat ini kepada warga belia.

Walaupun tidak secara menyeluruh acara yang dipertandingkan adalah berkaitan dengan Sukan Rakyat, namun terdapat usaha pihak penganjur unutuk mengetengahkan beberapa acara yang sinonim dengan Sukan Tradisi. Antara sukan rakyat yang diperkenalkan adalah Menganyam Ketupat, Tarik Tali dan Menyadai Pinang. Berkat kerjasama daripada Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Masjid Baru Daro, JKKK Kampung Masjid / Jalan Bina Daro dan Saberkas Unit Kg Masjid / Jalan Bina Daro, Sukan Rakyat ini telah disempurnakan dengan jayanya dengan penglibatan penduduk Daerah Daro melebihi 200 orang.

Program ini juga telah dihadiri dan dirasmikan oleh Ahli Dewan Negeri (Adun) N43 Daro, iaitu En. Safiee bin Hj. Ahmad dengan menyempunakan perasmiannya melalui Acara Golf Padang yang merupakan salah satu acara yang dipertandingkan pada hari tersebut. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat kerana sudi menghadiri program ini, sekaligus merasmikan Sukan Rakyat 2018 anjuran Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Masjid Baru Daro dengan Kerjasama JKKK Kampung Masjid / Jalan Bina Daro dan Saberkas Unit Kg Masjid / Jalan Bina Daro.

Keseluruhan acara yang dipertandingkan pada hari tersebut adalah:

  • Pertandingan Street Soccer “3 vs 3”
  • Pertandingan Tarik Tali (L & P)
  • Pertandingan Lumba Basikal (6thn ke bawah)
  • Pertandingan Menganyam Ketupat
  • Pertandingan Gusti Lengan
  • Pertandingan Golf Padang
  • Pertandingan Menarik Kereta
  • Pertandingan Membaling / Menyadai (Menyambut) Pinang

Sukan Rakyat ini telah dimulakan seawal pukul 7 pagi dan berakhir pada pukul 1 petang. Terima kasih kepada para peserta dan penduduk Daerah Daro kerana sokongan dan kerjasama menjayakan Sukan Rakyat ini. Semoga niat murni penganjur memartabatkan Sukan yang kian tenggelam ditelan dek era modenisasi di kalangan masyarakat terutamanya generasi muda ini dapat dihidupkan semula.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.